Friday, March 23, 2018

Lili (Bab 1)








BAB 1


"DYRA-SAN, okimasu!" Teriakkan dari luar, buat aku terjaga dari tidur. Aik? Dah pagi? Aku bangkit dari pembaringan dengan rasa malas. Mata yang sedikit payah hendak dibuka, aku genyeh dengan jari.

            "Dyra-san.. Sugu ni okimasu!" Itu suara Rei. Paginya Rei dah sampai? Rei tu, selagi aku tak jawab, selagi tulah dia akan panggil aku suruh bangun.

            "Ee..!" Aku hanya mampu jawab 'Ya' sahaja dengan mata yang masih sukar untuk menerima panahan cahaya.

            "Tabemashou!" Err? Rei ni pun. Agak-agaklah. Baru celik mata kot, muka pun tak sempat cuci lagi, dia dah ajak makan.

            "Hai..!" Hmm.. Aku 'Ya' kan sajalah. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Rei masak ke? Rei kalau masak, sah-sah terangkat! Cepat mandi. Cepat makan.



AKU menarik shoji perlahan, kalau tarik kuat-kuat nanti usu marah. Katanya, shoji atau panel gelongsor tu diperbuat daripada kertas lut sinar dan dimasukkan ke dalam rangka kayu. Karang tarik kuat-kuat, koyak kertas tu, siapa nak betulkan? Untuk rekodku saja, aku dah koyakkan lebih sepuluh kali. Nak tak nak, tadah ajelah telinga kena bebel dengan usu.

            Itu baru shoji, belum lagi fusuma atau panel gelongsor yang dijadikan sebagai dinding. Tak tahu berapa kali aku terlempar barang sampai tembus kertas pada fusuma tu. Aku dah pesan dah pada usu banyak kali, minta dia ubah suai rumah tradisioanl dan antik ni pada yang lebih moden. Tak mahu! Katanya, seni bina dan hiasan dalaman rumah tradisinal Jepun sangat unik yang dianggap salah satu bahagian penting dalam sejarah dan budaya Jepun. Hmm.. Jadi, terima sajalah bila setiap kali aku rosakkan hasil seni dalam rumah dia ni.

            Aku mengatur langkah di bahagian engawa atau koridor luar yang dibina disekeliling rumah. Bagusnya ada engawa ni, ia memisahkan antara shoji dengan bidai luar. Dan yang uniknya, bila setiap shoji ditutup, engawa akan kelihatan seperti sebuah laluan rahsia. Tak lebar mana pun engawa ni, muat-muat untuk dua orang lalu dalam sekali masa saja.. Itupun dah berselisih bahu.

            Aku terpandang dibahagian tengah laman, seakan tertarik untuk melihat ke arah mini pool, tempat Eidlan membela ikan koinya. Aku herot bibir sedikit bila terpandang Noah di situ. Bersandar di tepi pokok sambil bertelefon. Air mukanya nampak tegang dan serius. Luar biasa. Selalu tu, susah nak tengok ekspresi di wajah tampan tu. Tampan, tapi sayangnya, gay.


            Menurut Eidlan yang juga merupakan pakcik tiriku, Noah merupakan teman rapatnya sewaktu di universiti. Disebabkan Noah tak punya keluarga lagi di Malaysia, maka Eidlan bawa Noah tinggal di sini dan membantunya dalam membangunkan perniagaan. Entahlah, sejak Eidlan bawa dia ke rumah ni, aku memang tak boleh nak 'in' dengan sikap Noah tu. Sudahlah berat mulut, kedekut senyum, tambah pula dengan layanan 'beku' dia tu. Kadang-kadang, bercakap dengan dia, serupa cakap dengan Yuuri, arnab belaanku.

            Apa yang aku pelik, macam mana lelaki setampan dan segagah itu boleh jadi gay? Sebenarnya, aku rasa lega bila dengar dia gay biarpun terkejut sikit. Sebab? Yalah, dahlah dia tinggal dalam rumah ni. Akukan perempuan. Mestilah aku risau dengan kewujudan dia yang tiada hubung kait dengan keluargaku. At least bila tahu dia gay, aku rasa selamat.

            Aku jungkit bahu, malas nak ambil kisah. Terus aku atur langkah hingga tiba di hadapan bilik makan. Aku selak shoji dan senyumanku melebar. Semua makanan dah terhidang. Aku berlari anak dan terus duduk di atas zabuton atau sejenis bantal nipis yang dijadikan alas ketika duduk di atas lantai tatami. Bersinar wajahku melihat deretan makanan di atas chabudai atau meja makan yang berkaki pendek. Menyelerakan.

            "Ohayou gozaimasu, Nayla-san." Tegur satu suara. Aku menoleh ke arah hujung kanan ruang, ada satu lagi shoji yang menghubungkan ruang makan dengan dapur.

            "Ohayou, ani-san." Aku mebalas ceria teguran Rei yang sedang menatang dulang yang berisi minuman.

            "Mana Uya dengan Sandra?" Si kembar tu merupakan adik-adik kepada Rei. Tetsuya tak menetap di sini memandangkan dia dibesarkan oleh mak cik angkatnya di Malaysia atas sebab dia tak serasi tinggal di sini. Casandra pula sejak kecil dibesarkan oleh neneknya. Tapi obaasan (nenek) dah meninggal beberapa tahun yang lalu., Ya, nasib Tetsuya dan Casandra hampir sama sepertiku. Kehilangan ibu sejak dilahirkan. Tetsuya dan Casandra dua tahun lebih tua dariku.

            "Oji-san (atok) bawa mereka shopping. Cari barang, mereka nak balik Tokyo next week." Ujar Rei lalu meletakkan dulang di atas chabudai. Aku lihat rambut panjangnya yang diikat satu. Nampak ganas.  Penampilannya, tak pernah tak kemas. Selalu bersut dan berkasut kulit kilat.


            Rei Akihiro, lelaki kacak berumur 27 tahun itu merupakan teman baik Eidlan sejak kami menetap di negara empat musim ni. Keakraban mereka memang tak siapa boleh sangkal. Dia juga merupakan pewaris tunggal organisasi Yakuza Yamaguchi. Salah satu oraganisasi yang sangat berkuasa dan digeruni di Jepun dan dikalangan mafia-mafia luar negara. Sejak bertahun lamanya, Yakuza Yamaguchi dipegang oleh oji-san iaitu atuk kepada Rei dari sebelah ibunya. Rei jadi harapan oji-san memandangkan daddy Rei tak berminat dalam menguasai dunia mafia. Tambahan pula, daddy lebih cenderung dalam bidang perniagaan.

            Ooh.. Aku angguk-angguk. Cuti semesta Tetsuya dan Casandra bakal berakhir. Maknanya, si kembar akan pulang ke universitinya di Tokyo. Bestnya mereka dapat belajar luar dari Hokkaido. Sedangkan aku, Eidlan hanya beri aku pilihan untuk memilih universiti di dalam Hokkaido saja. Hmm.. lepas ni aku mesti akan sunyi kembali. Aku memang tak punya kawan, mungkin kerana mereka takut nak berkawan denganku yang punya kaitan dengan yakuza. Tak mengapalah, aku tak kisah pun.

            Tak lama, muncul pula Eidlan yang membawa buah-buahan.

            "Selamat pagi, usu."

            "Morning, dear." Eidlan seperti biasa, nampak kasual dengan baju tebal berkolar tinggi dan berseluar jeans. Tubuhnya kelihatan tegap dan dia mempunyai wajah yang manis. Sekali dia senyum, ais di Rusutsu tu pun boleh cair.

            Aku tersenyum riang bila Eidlan turut bersila di atas zabuton masing-masing. Rei membalas senyumanku berserta dengan sebuah kenyitan. Aku tergelak.

            "Manisnya senyum. Melting I tengok." Aku tergelak bila ayat sebegitu keluar dari mulut Rei. Biarpun Rei seorang yakuza, tapi bila bersamaku dan adik-adik kembarnya, dia jadi seorang yang sangat penyayang. Dan dia pandai masak! Berbeza pula tatkala berdepan dengan orang bawahannya, dia jadi sangat bengis dan panas baran. Oh, aku memang tak suka dengan sisi Rei yang satu tu. Menyeramkan.

            "Dyra, happynya hari ni? Mimpi apa malam tadi?" Tegur Eidlan. Aku senyum semakin lebar. Dan pak cik kesayanganku itu terus berkerut dahi. Senyuman yang penuh dengan muslihat. Eidlan sangat kenal dengan senyumanku itu.


            Naz Eidlan, satu-satunya saudara yang aku ada. Memandangkan dia adalah adik tiri kepada arwah papaku, maka dia adalah pak cik tiriku. Tak kisahlah, tiri atau kandung. Apa yang penting, dia sangat menyayangiku. Dia yang menjagaku sejak aku dilahirkan. Tahun ni genap usia Eidlan 24 tahun, biarpun masih mentah, tapi Eidlan sangat pandai menjagaku. Menurut daddy, arwah mama dan papa meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Dan pada waktu aku dilahirkan, arwah mama dan papa dah tiada di dunia ni lagi kerana mereka terlibat dalam kemalangan.

            Sebagai orang yang bertanggungjawab menjadi saksi kemalangan itu, daddy berbesar hati membawa Eidlan dan aku ke Jepun memandangkan kami tiada lagi saudara di sana. Mujurlah waktu itu kami ditemukan oleh daddy, kalau tak.. Entah apalah nasib aku dan Eidlan agaknya. Dan di sinilah aku membesar. Biarpun bertahun tinggal di sini, Eidlan dan keluarga daddy lebih banyak menggunakan bahasa melayu, jadi aku dah terbiasa menggunakan bahasa tu.

            "Usu.." Panggilku sedikit meleret. Rei yang sedang menuang minuman, menoleh seketika. Lain macam saja cara panggil. Eidlan pandang aku. Sesuatu sangat.

            "Dyra.." Eidlan balas dengan nada amaran. Jangan macam-macam! Biasa kalau aku buat senyum macam tu, sama ada aku nakkan sesuatu atau aku dah buat salah. Sebab tu Eidlan pandang semacam aje.

            Aku senyum lagi. Buat muka comel dan aku kerdipkan mata beberapa kali.



            "Lili Eldyra.. Talk." arah Eidlan, tegas. Dahi dia dah keluar peluh dua tiga butir. Aku tahan nak tergelak. Mesti Eidlan fikir aku dah jahanamkan barang-barang dalam rumah ni lagi. Eidlan, kalau pasal seni dan hiasan dalam rumah ni, jangankan rosak, teralih sedikit dari kedudukannya pun dia boleh perasan tau.

            "Usu ni cemaslah. Dyra tak buat rosak pun kat harta-harta usu tu." aku herot sedikit bibir. Bila Eidlan hambur nafas lega, Rei terus melambakkan tawanya.

            "Obvious sangatlah kau ni." Ujar Rei tergelak-gelak.

            "Dah memang kerja dia rosakkan khazanah dalam rumah ni, nak tak nak mesti aku fikir ke situ dulu." Balas Eidlan, tak mahu kalah. Rei gelak lagi. Eidlan kembalikan fokusnya padaku.

            "Habis tu, kenapa? Mesti ada sesuatu." Eidlan soal lagi, tak puas hati.

            Dan waktu tu juga Noah menarik shoji di belakangku dan terus duduk di hadapanku. Empat sudut chabudai sudah berpenghuni. Eidlan di sebelah kananku, Rei kiriku dan Noah di hadapan. Aku mencebik saja bila mata terpandang Noah. Noah tayang muka iceberg. Aku ambil sudu, mula mengacau donburi supaya rasanya sebati. Donburi merupakan sajian tradisional yang dihidangkan dalam mangkuk yang agak besar. Isinya terdiri daripada nasi kukus, ayam dan sayur-sayuran campur. 

            "Dyra, what's going on? Your smile really look strange, okay."

            Sekali lagi aku buat muka comel. Pandang Eidlan. Eidlan jadi hilang selera. Dia picingkan mata. Tanda tak puas hati sebab buat dia jadi tertanya-tanya.

            "Dyra dah lepas that examination hell." tuturku. Intro. Eidlan angkat kening sebelah. Semua orang tahu kenapa peperiksaan tu digelar sebegitu. Ini kerana peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan akhir untuk sekolah tinggi dan ia adalah penentu untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Disebabkan persaingan yang sangat tinggi, jadi peratus untuk semua pelajar terpilih adalah sangat nipis. Kerana itu ia digelar sebagai Examination Hell oleh pelajar di sini.

            "Then?"

            "Dan Dyra rasa, Dyra tak nak sambung studi." Sepi. Tiba-tiba Eidlan henmpas sudu di permukaan chaburi.  Aku tersentak. Serta-merta hilang senyumanku. Eidlan tatap aku tajam. Aku kalih pada Rei. Rei angkat bahu. Tanda tak mahu campur. Aku terus tunduk.

            "Tak nak studi? Habis, nak buat apa?"

            "Dyra nak.. Err.." Gulp! Serius sangat Eidlan bila sebut pasal universiti ni.

            "Dyra." Seru Eidlan. Itu nada amaran!

            "Dyra nak masuk kelas modelling."  Macam tak terkeluar perkataan terakhir tu.

            "Modelling?" Soal Eidlan, tak percaya. aku beranikan diri pandang Eidlan. Aku angguk.

            Tak sangka, Eidlan yang serius tadi terus tergelak-gelak. Aku pandang Rei. Dia senyum saja, tapi senyum dia tu macamlah perkataan modelling tu sesuatu yang lucu. Aku pandang Noah pula. Biarpun dia tayang muka iceberg, tapi aku tetap terlihat bibirnya yang tersungging senyuman. Sinis!

            "Kenapa? Kelakar ke?" Tiba-tiba rasa nak marah pula. Kenapa mereka bertiga ni macam memperkecilkan impianku?

            "Ada ke model pendek macam ni?" soalan berupa sindirian tu buat aku tersentak. Tersentap. Pendek sangat ke aku ni?  Aku acu sudu di hadapan mukanya. Dia jungkit kening. Tak terusik pun dengan gertakkanku.

            "Siapa pendek?" soalku dengan bibir dah memuncung. Aku kecilkan mata. Noah sebaliknya tergelak, 2 harakat. Terus sambung makan. Aku kalih pada Rei. Dia yang tadinya tersenyum lucu, terus neutralkan ekspresi.

            "Dyra pendek ke?" soalku minta kepastian. Sebenarnya lebih pada minta Rei beri jawapan yang  boleh buat aku sedap hati.

            "Taklah. Tinggi Dyra ni sesuai sangat jadi model." sokong Rei. Memekar senyumanku. Aku pandang Noah, dia jungkit bahu saja.

            "Dyra tak score untuk sambung studi ke?" soal Eidlan. Aku pandang pakcikku. Tayang muka sedih.

            "Dah cuba score, tapi macam tak ada harapan." balasku, tak bersemangat. Bukan aku tak cuba, aku dah buat yang terbaik. Tapi entahlah, aku jadi tak cukup yakin.

            Eidlan tarik nafas dalam sebelum dihembus.

            "Macam nilah, kita tunggu result lepas tu baru buat apa-apa keputusan. Lagipun, Dyra tahukan usu dan daddy nak Dyra tolong kat kilang tu. Kalau Dyra tak sambung studi, macam mana usu nak bagi Dyra uruskan kilang-kilang tu?"

            Aku diam. Hadam ayat Eidlan perlahan-lahan.

            Ya, aku tahu. Aku harapan Eidlan untuk membantunya menguruskan kilang-kilangnya. Sejak habis belajar, Eidlan mula berjinak dengan dunia perniagaan bersama daddy. Dan kini, Eidlan sedang mengusahakan kilang makanan sejuk beku, kilang percetakkan dan kilang fabrik. Semestinya dibantu oleh Noah.

            "Dah Dyra, tak payah fikir sangat. Makan. Penat I masak untuk Dyra tau." Pujuk Rei sambil menepuk perlahan bahuku. Aku pandang Rei. Aku berikan dia senyuman ceriaku.

            "Arigatou gozaimasu, ani-san (abang). Masakan Rei tak pernah tak sedap." Untunglah hari ni Komori oba-san (makcik Komori), tak payah susah-susah masak. Kebiasaannya Komori hanya akan datang untuk mengemas dan memasak saja. Di rumah ni, hanya tinggal aku, Eidlan dan Noah saja. Tiada pembantu atau tukang kebun tinggal di sini. Mereka hanya datang setiap hari dan bekerja untuk dua tiga jam kemudian merekan akan pulang. Tapi yang pasti, Rei ada tinggalkan dua tiga orang bawahannya untuk berkawal di hadapan dan belakang pintu pagar utama.

            "Untuk Dyra, hari-hari masuk dapur pun I sanggup. Yang penting, Dyra kena cukup makan dan happy." balas Rei, ceria. Ya, aku sangat gembira bila dapat makan. Dan masakan Rei adalah kegemaranku.

            "Haa, malam ni kita pergi Sapporo nak?" Cadangku. Teruja. Date!

            "Sapporo?" soal Eidlan. Kabur.

            Aku angguk, yakin. Aku ambil wasabi dari mangkuk kecil dan aku tuang ke dalam teh hijau suamku. Adunan aku kacau sebati dan aku minum. Yummy.. Aku pandang tiga pasang mata yang sedang merenungku. Aku tersengih bila Eidlan dan Rei sudah tergeleng-geleng melihat tingkahku. Sementara Noah tetap begitu. Muka kaku. Entah sejak bila agaknya, aku jadi gemar minum teh hijau yang dicampurkan bersama wasabi. Rasanya tu, susah nak kubayangkan. Sangat luar biasa dan buat sel-sel dalam kepalaku terkejut.

            "Kembang tekak usu tengok Dyra minum wasabi dengan green tea." Muka Eidlan dah nampak lain macam. Macam patah selera pun ada. Aku tergelak saja.

            "Dah jadi ketagih. Ha, jomlah pergi Sapporo malam ni. Dyra nak jalan-jalan kat Odori Park. Usu, snow festival, remember?" Takkan Eidlan boleh lupa dengan festival salji yang akan diadakan setiap tahun pada musim sejuk?

            Eidlan petik jari.

            "Yes, snow festival. Guys, are you free?" Soal Eidlan pada Rei dan Noah. Rei terdiam, cuba memanggil ingatannya pada jadualnya sebagai yakuza.

            "Hmm.. Aku ada meeting dengan mafia dari Shanghai, tapi nanti aku cuba cakap dengan ojiisan. Kalau dia boleh ganti, aku follow."

            "Noah?" Eidlan soal Noah. Tiga pasang mata memerhatikan si iceberg. Dia teguk airnya sebelum pandang kami. Biarpun Noah dan Eidlan sebaya, entah kenapa aku lihat perwatakkan Noah yang sentiasa berlagak cool tu buat dia nampak lebih matang dari pakcikku.

            "Free." Sepatah aje jawab. Berat sungguh mulut.

            "Nanti I bawa Uya dan Sandra." Beritahu Rei.

            "Yessss..!" aku terjerit suka.

            "Happynya? Bukan setiap tahun pun kita pergi ke?" soal Eidlan, tak faham.

            "Kali ni lain. Dyra ada buat date dengan Neiko. Kali ni harap-harap menjadi." Berkobar-kobar semangatku. Dari awal masuk sekolah tinggi sampaikan dah lepas peperiksaan, aku masih belum dapat seorang pun teman lelaki. Semua temujanji kebanyakkannya tak berjaya. Ada yang janji, tapi tak datang. Ada yang dah bertemu, tapi tiba-tiba menghilangkan diri. Tapi tak apa, aku tak akan serik.

            Tiba-tiba suasana jadi sunyi. Aku pandang Noah. Noah pandang Rei. Rei pandang Eidlan. Aku pandang Noah sekali lagi, dia sengih pada Rei tapi seakan mengejek. Kenapa? Pelik aje reaksi mereka bertiga ni.

            "Rei.." Panggilku bila Rei buat muka seakan sedang menanggung beban yang berat. Rei pandang aku dan dia tampal senyuman palsu.

            "Ya, kali ni mesti menjadi. Gambate!!" Ujar Rei, siap menjulang tangan tinggi. Tanda memberi semangat. Tapi kenapa bunyinya macam terpaksa?


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post