Sunday, April 8, 2018

Lili (Bab 4)




Bab 4
"DYRA kat mana ni? Usu suruh Dyra datang kilang, kan?"
            Aku sengih sendiri. Mata memerhati segenap sudut di dalam pusat peranginan Rusutsu. Musim salji, Rusutsu Resort di Hokkaido menjadi tempat tumpuan untuk mereka yang gemar dengan aktiviti berski. Dengan keluasan resort hampir 42 kilometers, pelbagai aktiviti luar dan aktiviti dalam yang boleh dilakukan di sini.
            Hmmm... Mungkin sekajap lagi, lepas makan tengahari bersama Neiko, aku nak ajak Neiko menunggang kuda. Aduhai.. Mesti romantik, kan. Berkuda waktu bersalji dan berdua dengan lelaki sekacak Neiko. Harap kali ni menjadi. Jangan jadi macam minggu lepas, sudah. Dahlah tak dapat dating di Odori Park, kena serang pula dengan musuh Rei.
            "Dyra keluar sekejap, jumpa Neiko."
            "Jumpa Neiko? Date?" Soal Eidlan sedikit terjerit. Aku tahan diri nak tergelak. Overlah respond pakcik kesayangan aku ni.
            "Dekat mana?"
            "Jangan risau, usu. Dyra masih dalam Hokkaido. Belum sampai Tokyo pun lagi." Balasku sambil tergelak-gelak.
            "Lili Eldyra.." Opps.. Tu nada amaran.
            "Dyra kat Rusutsu. Sebelum malam, Dyra balik. Usu janganlah risau, eh."
            "Macam mana usu tak risau? Dyra tak ingat apa jadi minggu lepas? Dyra tak takut ke? Dahlah Dyra keluar dengan orang yang Dyra tak kenal sangat. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Dyra dengan siapa sekarang ni?"
            Aku julingkan mata ke atas. Tolonglah, usu. Membebel apa ni? Macamlah aku ni budak sekolah lagi. Aku dah habis sekolah tinggi pun tau.
            "Dyra dengan siapa lagi? Seoranglah. Dyra bukan ada kawan pun. Macamlah usu tak tahu." balasku sedikit sebal. Tiba-tiba aku rasa macam jauh pula jarak pintu masuk utama Rusutsu dengan resort. Neiko dah sampai ke belum ya?
            "Tengok, pergi sorang-sorang pula tu. Dyra ni memang tak fikir apa-apa eh, sebelum nak buat sesuatu tu?"
            Eidlan dah naik angin. Kadang aku tak faham, sayangnya Eidlan padaku sampaikan dia tak mampu nak kawal perasaan risau dia. Aku okey. Aku dah besar, aku boleh jaga diri sendiri. Kenapa Eidlan masih nak kawal aku macam aku baru habis sekolah tadika? Aku tolak kuat pintu kaca yang memisahkan ruang lobi dengan restoran di dalam resort. Mata cuba mencari kelibat Neiko di antara pengunjung.
            "Usu ni kenapa? Tak pernah-pernah menggelabah macam ni. Dyra keluar jumpa Neiko sekejap aje. Usu risau Dyra kena serang macam hari tu ke? Hari tu punya kes, kan dah settle. Rei yang jadi punca, kan? So, usu tak payahlah risau lagi. Dyra okey. Tengok, dah selamat sampai kat res... Aduh..!" 
            "Gomen nasai.." Ucapku beberapa kali sambil menundukkan kepala dan membongkokkan sedikit badan. Aku tak tahulah siapa yang langgar siapa, tapi dah memang aku terbiasa macam ni. Salah orang pun, aku yang akan minta maaf dulu. Lagipun, ada kemungkinan juga salah aku sebab sambil bercakap, sambil berjalan. Tak fokus dengan keadaan sekeliling.
            Sejenak, aku angkat kepala. Itu pun dengan muka cuak. Beberapa orang lelaki bersut mewah agak berusia berdiri di hadapanku. Semua dengan wajah serius. Mungkin ahli korporat. Lelaki yang aku langgar tadi mungkin ketua di antara mereka. Wajahnya lebih serius dan agak tegang. Matanya tajam merenungku. Boleh tak aku nak nangis?
            Tanpa sepatah kata, lelaki berambut putih itu terus berpaling dan melangkah. Kemudian diikuti oleh pengiring-pengiringnya. Hmm.. Tentu saja mereka bukan orang biasa-biasa. Dan tentu saja mereka datang sini bukan untuk bersuka-ria. Garang. Tak mesra.
            Hilang saja mereka dari pandangan mataku, barulah aku berani bergerak. Benda pertama yang aku cari, telefon bimbit. Entah ke mana benda tu terpelanting agaknya. Terbongkok-bongkok aku meneliti bawah kerusi dan diceruk meja. Mana? Takkan boleh hilang pula?
            "Cari saya ke?" Tegur satu suara. Aku pantas menoleh. Aku yakin orang tu tegur aku, memandangkan peratus pengunjung di sini yang boleh berbahasa melayu agak nipis. Dan orang yang tegur aku ni pun macam tahu aje aku boleh berbahasa melayu.
            Aku terkedu. Dia tersenyum. Melihatkan dirinya yang santai duduk sambil menikmati makanan, aku tersengih kemudiannya. Teragak-agak aku angkat tangan kananku.
            "Err.. Hai?" Tegurku, ragu-ragu. Sebenarnya, aku pun tak pasti reaksi bagaimana yang harus aku berikan. Patutkah aku tunjuk yang aku teruja menemui dia, sekali lagi? Atau patutkah aku tunjuk muka malu sebab tak sedar dalam terbongkok-bongkok mencari telefeon bimbitku, dia pula memerhatikanku? Aduhaiii..
            "Duduklah." Pelawanya sambil menarikkan kerusi di sebelahnya. Aku sengih lagi, tapi kali ni sempat pula aku ragu dahi sendiri.
            "Kenapa? Awak okey ke? Macam tak selesa aje. Duduklah dulu? Atau awak ada hal?" Za'id bangkit dari duduknya. Kami berdiri, saling berhadapan.
            "Saya.. Saya ada date ni. Eh, bukan, Saya nak jumpa kawan."
            "Ooh.. Lama ke awak nak jumpa kawan awak tu? Saya tunggu awak?"
            Tunggu aku? Biar betul? Aku tatap mata Za'id. Dalam-dalam. Dia tak nampak bergurau pun. Betul ke?
            "Saya serius. Last week jumpa, saya terpaksa biarkan kawan pakcik awak tu bawa awak pergi. Kali ni saya agak awak datang seorang. Jadi, apa salahnya saya tunggu awak sekejap, kan? Lagipun, esok saya nak balik Malaysia dah." Tuturnya penuh mengharap. Aku kemam bibir. Serba-salah nak bagi jawapan sebab aku sendiri tak pasti berapa lama aku akan habiskan masa bersama Neiko.
            "Awak tak kisah ke?"
            Dia jungkit bahu. Mukanya manis biarpun hanya dia hanya tersenyum nipis.
            "Tak kisah. Just take your time. Saya tunggu kat sini."
            Aku tersenyum lebar. Bahagia. Suka. Gembira. Tak pernah ada lelaki yang beri perhatian sebegini padaku selain Eidlan. Aku betul-betul rasa dihargai. Mungkinkah Za'id adalah lelaki yang aku nantikan selama ni? Lelaki yang aku cari selama ni? Dyra, wake up! Wake up!
            Aku tergelak kecil. Baru tersedar kami asyik berbalas renungan sejak tadi.
            "Okeylah. Kalau macam tu, saya pergi dulu." Pamitku sambil menundukkan sedikit kepala. Tanda hormat.
            "Jaga diri." Pesannya sebelum aku berlalu. Dan aku melangkah dengan sebuah senyuman yang sangat-sanagt bahagia. Dia pesan, jaga diri. Alalala.. Tak pernah dalam hidup aku ada lelaki pesan macam tu padaku. Kalau ada pun, setakat Eidlan atau Rei sajalah. Noah? Jangan mimpi.
            Za'id, jangan sweet sangat boleh tak? Lemah lutut saya!

HABIS satu kawasan resort aku pusing, tak juga kutemui Neiko. Mana dia ni? Macam mana nak telefon dia? Telefon aku dah hilang. Dua jam dah berlalu dari masa yang kami janjikan untuk bertemu. Neiko dah balik ke? Mungkinkah pencarian aku ni hanya sia-sia?
            Aku berdiri, menyandar di tiang beranda resort. Mata merenung jauh ke hadapan sana. Ke arah kawasan luas yang menyajikan pemandangan pergunungan Rusutsu yang diselimuti dengan salji. Pemandangan yang indah. Di atas sana, kelihatan kereta kabel bergerak perlahan. Hmm.. Nampaknya, pelan aku bersama Neiko sekali lagi, gagal.
            Entah buat kali ke berapa, aku melepaskan keluhan. Agak-agak Eidlan risau tak ya? Aku bawa kedua belah tapak tangan yang bersarung dengan glove merah hati. Sejuk. Masuk dalamlah. Oh, ya. Kenapa aku perlu kecewa tak dapat date dengan Neiko? Bukankah Za'id sedang menantiku sejak tadi?
            Tubuh yang tadi lesu, mula bersemangat. Bibir mula tersenyum kembali. Ceria. Kalau tak dapat berkuda dengan Neiko, Za'id pun okey juga. Malah, Za'id lebih kacak dari Neiko yang bermata sepet tu. Tapi, nak ke lelaki yang berimej korporat tu naik kuda mengelilingi kawasan bersalji denganku?
            Bersama semangat yang baru, aku berpaling ke kanan. Nak pergi ke restoran. Tapi, belum pun sempat aku atur langkah, aku terkaku. Mata nak tersembul keluar. Aku gosok mataku. Betul ke apa yang aku nampak ni? Noah? Dengan perempuan bertudung? Siapa tu?
            Hmm.. Aku senyum, penuh dengan muslihat. Sesekali buat kerja keji, sekodeng si mamat gay ni, bagus jugakan. Senyap-senyap, aku merapati kedudukan mereka di hujung beranda sana. Perlahan-lahan, aku duduk disalah satu kerusi rehat di situ dan aku capai buku traveler guide. Buku aku buka agak tinggi, menutupi muka. Nak pasang telinga. Harap-harap Noah tak perasan.
            "Baliklah." Arah Noah pada perempuan cantik tu. Dingin tuturnya.
            "Saya datang sini sebab nak bawa awak balik, Noah. Awak pula suruh saya balik sendiri?" Lembutnya suara dia. Selembut wajahnya
            "Awak tahu jawapan saya, Maira."
            "Saya tahu jawapan awak, tapi saya harap sangat awak boleh ubah jawapan awak tu bila saya datang sini." Suara lembut kedengaran sedikit sendu.
            Siapa Maira pada Noah? Dan siapa Noah pada Maira? Kenapa Maira ajak Noah pulang, Noah pula berkeras tak mahu. Mungkinkah perempuan ni keluarga Noah? Tapi, menurut Eidlan. Noah tak punya keluarga lagi di Malaysia. Dan selama bertahun Noah tinggal dengan kami, tak pernah ada orang datang untuk bertemu dengan Noah.
            "Tak ada apa yang boleh ubah pendirian saya. Awak pergilah balik. Jangan tinggalkan apa-apa kesan pun kat sini dan jangan datang lagi. Bila sampai masanya, saya sendiri akan balik." Ujar Noah, dingin. Beku. Dia terus melangkah pergi tanpa menghiraukan Maira yang sudah menhamburkan tangis tak bersuaranya.
            Aku turunkan sedikit buku, mata mencari wajah lembut milik gadis bernama Maira. Dia tertunduk, menangis di situ. Aku gigit bibir bawah, geram. Geram pada Noah yang tak berhati perut tu. Geram pada Maira yang dah sia-siakan air mata dia untuk lelaki seperti Noah.

"INI telefon cik. Encik Za'id minta saya pulangkan pada cik. Dia tak dapat tunggu cik sebab dia ada hal penting. Katanya, nanti dia akan hubungi cik."
            Aku pandang telefon bimbit di tangan. Terngiang-ngiang suara receptionist yang datang menegurku sewaktu aku terpinga-pinga mencari kelibat Za'id tadi. Za'id dah balik? Bukan dia cakap nak tunggu aku? Dia kata tak kisah pun berapa lama. Ni tak sampai tiga jam pun lagi, dia dah balik. Sedihnya.
            Terbang terus semangat yang membara-bara tadi. Za'id pun macam Neiko juga. Kenapa tak ada seorang pun lelaki yang sudi menerima aku sebagai teman istimewa? Kenapa susah sangat aku nak jumpa soulmate aku? Kenapa nasib aku tak macam rakan sekelasku?
            Aku buka telefon. Gelap. Telefon mati pula. Hmm.. Kecewa bertimpa-timpa.

"PUTUS lagi?" Tegur Noah padaku yang sedang duduk di atas buaian sambil hujung kasut menguis pasir.
            Aku diam. Tak mahu ulas apa-apa. Dan aku tak rasa nak kongsi apa-apa pun dengan Noah si gay yang berlagak bagus tu. Lagipun, cakap dengan lelaki tak berperasaan macam Noah ni, dia boleh faham ke? Dia sendiri baru buat perempuan menangis, tak mungkin dia akan faham kesedihan kaum hawa ni.
            "1.. 2.. 3.. 4.. Hmm.. Untuk permulaan tahun baru, kira ni rekod terbaik berbanding tahun lepas." Noah bersandar pada tiang buaian dengan kedua tangan menyeluk saku jeansnya. Pandangannya dihala ke hadapan.
            "Agak-agak nak tunggu sampai end of the year, berapa orang ya yang akan tersenarai?"
            "Just go away.." Tuturku bersama keluhan. Malas sangat nak layan si gay ni. Mood tengah tak baik ni, mohon sangat jangan ganggu. Sudahlah kecewa tak dapat jumpa Neiko, Za'id pula suka-suka menabur janji padaku. Kalau tak mampu nak tunaikan, janganlah berjanji. Menyakitkan hati betul.
            Noah tergelak dua harakat. Hmm.. Pernah ke Noah ni gelak berharakat-harakat pun sebelum ni? Paling banyak pun mungkin tiga harakat aje, itu pun bila bersama Rei dan Eidlan.
            "Kali ni sebab apa pula?"
            Aku muncungkan bibir. Kepala makin tunduk. Sejak aku melangkah masuk ke sekolah tinggi,  aku mula teruja untuk menjadi mangsa cinta monyet. Oleh kerana itu, aku cuba buat janji temu dengan lelaki yang menunjukkan minat pada diriku. Tapi entah kenapa, sejak awal kemasukkan sekolah tinggi, tak ada seorang pun yang sudi jadikan aku kekasih mereka.
            Apa yang buat aku hairan, teman-teman sekelas boleh saja stay dengan teman lelaki masing-masing. Sedangkan aku? Tahun lepas saja entah berapa orang yang berjaya mendekati diriku, tapi lepas janji temu di luar sekolah, pasti lelaki itu akan minta putus. Malah ada yang pesan supaya menganggap diri mereka tak dikenali. Kenapa? Aku tak cukup comel ke?
            Aku pantas ambil telefon bimbit dari dalam poket jeans lalu aku hadapkan di muka. Walaupun agak samar-samar, tapi aku boleh nampak lagi wajahku. Dengan kulit putih bersih, mata bulat bersinar, rambut elok saja panjang lurus dan bergulung di hujung serta keperangan, ada jambul di dahi, alis terbentuk cantik, hidung pun tak peset, bentuk badan pun solid. Tak comel ke?
            Aku pandang Noah. Noah yang sedar diperhatikan, turut menoleh. Dia agak pelik dengan reaksiku yang tiba-tiba tu, tapi dia tetap tayang muka bersahaja. Tanpa riak.
            Noah yang berdiri santai, terus tegak bila aku tiba-tiba bangkit lalu berdiri di hadapannya. Noah sedikit menunduk, sementara aku mendongak. Tinggi aku paras bahu Noah saja, kalau nak berpandangan dari jarak dekat memang kena mendongak macam sekarang.
            "Kau kenapa?" Soal Noah.
            "Noah, cuba awak tengok muka saya." aku sua wajahku pada Noah untuk ditilik. Aku pejam mata rapat-rapat sebab tak nak bertentangan mata dengan Noah. Walaupun Noah gay, dia tetap lelaki. Aku tak nak jatuh cinta dengan gay!
            "Kenapa dengan muka kau? Elok aje, lubang hidung masih ada dua. Belum jadi tiga lagi." balas Noah bersahaja.
            Aku buka mata lalu menarik wajahku kembali. Aku memuncung, tak puas hati dengan jawapan tak berseni dari Noah tu.
            "Bukan lubang hidunglah."
            "Habis tu, apa? Bibir? Nak suruh rasa, manis ke tak?"
            Aku mencebik. Bibir pula. Cepuk baru tahu.
            "Dahlah, malas cakap dengan awak. Dasar gay. Dahlah gay, heartless pula tu." Cemuhku dan mula membuka langkah untuk berlalu.
            "Lili.." Panggil Noah.
            Kakiku terpasak namun tak sedikit pun aku menoleh.
            "Lili, look at me." Pinta Noah. Aku menjengkit bibir. Minta sesuatu dari orang tu cuba guna nada suara yang betul. Ini tidak, tegak aje macam pembaris. Aku berpaling jua. Aku membalas pandangan Noah.
            "Kau nak tanya aku yang kau ni cantik ke tak, kan?" Noah melangkah, mendekatkan jaraknya denganku. Aku jungkit kening. Tahu pun.
            "Jawapannya, tak. Kau tak cantik sebab tu semua lelaki tu tinggalkan kau." Tambah Noah, tenang saja nadanya. Seolah-olah itulah jawapan paling jujur yang dia mampu berikan padaku.
            Buat beberapa ketika, aku pandang Noah. Tajam.  Si cold blooded ni kan, mulut tak reti nak jaga hati orang langsung. Dahlah tu, sikit pun tak rasa bersalah lepas halau Maira dan buat Maira tu menangis. Eeii... Geramnya aku dengan si gay ni. Tanpa sebarang amaran, aku sepak kaki Noah. Tepat pada tulang keringnya. Noah yang sejak tadi tayang muka tak berjiwa, terus tertunduk-tunduk menggosok kakinya sambil mengaduh.
            "Padan muka." Ejekku, puas hati. Geram sebab dia baru lepas kutuk aku. Kalau ya pun aku tak cantik, tolonglah jangan jujur sangat. Dan sepakkan tu aku berikan bagi pihak Maira juga. Lelaki yang tak berperasaan!!
            "Kau ni.." Rengus Noah setelah kembali berdiri biarpun muka masih berkerut-kerut. Kena sepak dengan but, mahu tak sakit?
            Aku berpeluk tubuh dengan lagak berani. Aku mengacah, seakan hendak menyepak kaki Noah sekali lagi. Noah pantas saja menjauh.
            "Panggil Lili lagi, Dyra suruh Rei sepak kaki awak sampai patah." Itu amaran keras dariku sebelum berlalu pergi. Tak siapa pujn boleh panggil aku Lili kerana menurut Eidlan, nama Lili tu diberikan oleh arwah mamaku.
            "Kau buat apa kat Rusutsu tadi?" soalan Noah yang luar dari topik asal, buat aku terdiam sejenak. Dia tahu aku pergi Rusutsu? Ooh, tentu Eidlan yang bagitau ni.
            "Datinglah." Balasku selamba. Noah jungkit kening.
            "Dengan siapa?"
            "Eh, awak nak tahu kenapa? Kan awak tahu Dyra baru putus tadi." Aku mecebik. Kekwat sungguh. Yalah, tak pernah-pernah Noah tanya aku keluar dengan siapa, baru hari ni aje mencemar duli. Mestilah rasa bangga sikit.
            "Tak kisah kau nak dating dengan siapa pun, tapi pastikan lelaki tu bukan lelaki yang kita jumpa malam hari tu." Ujar Noah, nadanya tenang tapi kedengaran tegas. Aku jungkit kening. Senyumanku melebar.
            "Za'id?" sengaja aku sebut nama tu. Nak tengok reaksi si gay ni. Dia tajamkan renungannya. Aku balas lagi dengan sengihan yang semakin lebar.
            "Sayangnya, kami dah pun bertukar nombor telefon tadi. Malam ni mesti dia call Dyra." Aku jungkit-jungkit kening. Mencabar ketenangannya. Confirm, mesti Za'id pernah reject cinta Noah. Sebab tu Noah benci sangat pada Za'id yang budiman tu.
            "Okeylah. Dyra masuk dulu. Jumpa lagiiiii.." Ujarku sedikit meleret. Ulang tayang kejadian waktu di TV Tower kelmarin. Aku lihat rahang Noah saling bergesel. Noah marah ke tu? Aku tergelak dalam hati. Yes!
            Aku terus berlari anak menuju ke bahagian utama rumah, meninggalkan Noah yang masih merenungku. Aku mendaki, naik ke engawa.  Saat tangan hendak menarik shoji, aku terkaku.
            "Tapi tadi Kauto cakap dia ternampak Noah kat Rusutsu. Kau tahu?" soalan Rei pada Eidlan buat aku tertarik untuk terus pasang telinga.
            "Noah? Dia buat apa kat sana?" Nampak Eidlan tak tahu tentang pertemuan Noah dengan Maira. Hmmm.. Mungkinkah Noah berlaku curang pada Eidlan? Kalau betul, bagus! Lepas ni aku boleh pengaruh Eidlan untuk cari perempuan tulen sebagai pasangan.
            "Aku tak pasti pula. Masa Kauto sampai, Noah dah gerak balik. Aku ingatkan kau ada back up plan. Kot kau suruh Noah ikut Dyra ke."
            Entah kenapa, aku macam tak sedap hati bila dengar nama Kauto disebut beberapa kali dalam perbualan mereka. Apa kaitan Rusutsu dengan Kauto? Kenapa Kauto boleh ada di sana?
            "Tak ada pula. Kau dah cakap nak hantar Kauto follow Dyra, takkan aku nak suruh Noah pula pergi. Habis tu, apa jadi dengan Neiko? Kau dah settle, kan?"
            Aku rapatkan lagi telinga pada dinding shoji. Kenapa tiba-tiba Eidlan sebut nama Neiko? Dan kenapa Rei perlu hantar orang kanannya untuk ikut pergerakkanku?
            "Kazuya dah settlekan. Aku tengok dari jauh aje. Tapi kesian juga aku tengok Neiko tu tadi. Bersungguh dia cakap dia nak cepat. Dia dah janji nak jumpa kawan. Kazuya tu kau tau ajelah. Mana dia nak layan alasan-alasan macam tu. Nak menangis juga budak tu." Cerita Rei dan sekaligus buat jantungku terhenti berdegup. Cuba menghadam setiap butir bicara mereka. Mungkinkah Neiko yang mereka sebutkan tu, Neiko yang sama yang berjanji hendak bertemu denganku tadi? Mungkinkah..
            "Biarlah dia nangis pun. Aku peduli apa." Balas Eidlan, tanpa rasa bersalah.
            "Aku harap lepas ni Dyra dah seriklah nak bercinta dengan lelaki kat luar sana. Cukup-cukuplah kita buli budak-budak yang bertemu janji dengan Dyra tu."
            Patutlah.. Patutlah selama ni tak ada seorang pun yang sudi jadi teman lelakiku. Patutlah setiap kali bertemu janji, hampir kesemuanya lesap begitu saja. Patutlah.. Rupanya selama ni, ada sesuatu yang mereka lakukan tanpa pengetahuanku. Mereka yang buat semua temujanjiku gagal. Tapi kenapa?
            "Bila pasal Dyra, aku memang tak boleh nak percayakan sesiapa selain kau, si kembar dengan Noah. Orang luar yang datang dekat dengan dia, aku tak boleh. Aku risau."
            Dan mungkinkah sebab Eidlan dan Rei juga, aku tak punya teman lain selain Tetsuya dan Casandra? Sejak dari awal persekolahan, tak siapa pun yang sudi berkawan denganku. Aku tak pernah kisah, kerana padaku, asal aku ada Eidlan dan si kembar pun sudah memadai. Tapi siapa sangka, disebalik semua ni, ada sesuatu yang mereka sembunyikan.
           


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post