Friday, March 23, 2018

Lili (Prolog)


Bismillahirahmanirahim.. Phew..!! Berpeluh nak mula update manuskrip baru ni tau.. :)Jom, kita berkenalan dgn Lili..Apa2 komen, kritikan & cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen yee.. Cewahh.. :p







PROLOG



BIBIRNYA mengukir senyuman bila melihat telatah Dyra yang sejak tadi tak henti-henti tertawa bersama Tetsuya dan Casandra. Entah apa yang lucu sangat, dia sendiri tak pasti. Sejujurnya, dia tahu suatu hari nanti saat kebenaran terungkap, dia pasti akan merindui Dyra yang ceria ini.

            "Dia tak sepatutnya dibebankan dengan sesuatu yang sangat berat, Eid." Tutur Rei, teman sepermainan Eidlan sejak pertama kali dia jejak kaki di bumi Jepun ini bersama Dyra tujuh belas tahun yang lalu.

            "Tapi ini yang tertulis untuk dia. Bukan aku yang minta." balas Eidlan, pun matanya masih merenung telatah tiga orang gadis yang baru meningkat remaja itu. Tika itu, dia lihat Casandra dengan sengaja membaling gumpalan salji ke arah Dyra dan Tetsuya. Dyra yang sedikit terkejut, sempat merapikan hoodienya sebelum membalas serangan Casandra. Terdengar jeritan berselang-seli dengan hilai tawa. Dyra sangat gembira bila dapat bermain salji.

            Sementara menunggu tiga anak dara tu penat bermain dengan salji, tiga jejaka tampan sekadar duduk di kerusi yang terdapat di beranda dalam resort. Hari ni mereka menghaabiskan masa dengan menjadi penonton keletah tiga anak dara yang sudah lama tak bersua itu. Mujurlah Tetsuya dan Casandra yang sedang menuntut di universiti Tokyo itu pulang ke sini waktu cuti semestar. Dapatlah Dyra menikmati musim sejuk kali ni berteman.

            "Walaupun aku kenal Dyra tu tak lama mana, tapi aku jadi kesian dengan dia. Dia bebas tapi sebenarnya dia macam orang tahanan. She's totally lost her life as teenagers." Komen Noah. Noah, teman rapat sejak dia menyambung pelajarannya di universiti di Hokkaido. Pesan Mr. Fernandez iaitu daddy pada Rei, jangan mudah-mudah bergaul dan berkawan rapat dengan sesiapa. Maka kerana itu, Eidlan hanya ada Rei dan Noah saja sebagai teman baiknya, itupun selepas Mr. Fernandez sendiri upah penyiasat untuk siasat latar belakang Noah.

            "Aku buat semua tu untuk jaga keselamatan dia. Macam daddy cakap, kita tak tahu siapa musuh Dyra. Dan tak tahu di mana dia sekarang. Ada kemungkinan mereka dah tahu di mana kita sembunyikan Dyra. Mungkin juga dia sedang perhatikan Dyra sekarang ni, atau mungkin dia ada di antara kita. Siapa tahu, kan? Apa yang aku dapat buat setakat ni, lindungi Dyra sehabis daya aku."

            "Aku faham kalau kau nak protect dia tapi aku rasa cukuplah Rei dengan angkatan tentera dia aje yang buat. Ni dengan aku sekali terheret sama." Luah Noah sedikit bersungut. Serentak, Rei dan Eidlan tergelak besar. Tambah lagi bila Noah tarik muka kelat.

            "Merungut kau, eh. Dengan kekasih kau pun nak berkira." Rei serang balas. Eidlan tergelak bila Noah panjangkan tangan dan menarik skaf yang berbelit pada leher Rei. Rei menepuk lengan Noah dan menjauh sedikit.

            "Noah, untuk Dyra, kau berkorbanlah sikit. Kita buat semua ni bukan suka-suka. Aku dapat rasa musuh dia ni bukan biasa-biasa, mereka bermain dengan nyawa. Jadi, kita buatlah apa yang mampu untuk pastikan Dyra selamat." Terang Rei dengan nada memujuk.

            Bukan Rei tak mahu tempatkan pengawalnya di dalam rumah Eidlan, tapi Eidlan tak mahu Dyra rasa kurang selesa dengan kehadiran orang yang tak dikenali. Lagipun, tak ke nampak obvious sangat kalau letak pengawal sampai dalam rumah? Nanti Dyra mesti pelik. Sedangkan dia letak orang bawahannya untuk berjaga di luar pagar rumah Eidlan pun, Dyra dah soal dia macam-macam.

            "Lagipun, dengan gaya kau yang heartless dan suka buat cold treatment ni, aku pasti sangat Dyra takkan syak kau. Kau, kan less expression. Muka tak ada jiwa." Noah jungkit bahu saja dengan kutukkan Eidlan padanya.

            "Instead of fight, tak ada jalan lain ke? Berbincang ke?" Giliran Noah pula mencelah. Eidlan tersenyum perit. Berbincang?

            "Kalau benda ni boleh dibawa berbincang, tidaklah Dyra tu jadi si yatim piatu. Lagipun, kau tak ingat empat tahun lepas waktu aku bawa Dyra bercuti kat Taiwan, apa jadi?" Eidlan toleh pada Rei dan Noah. Noah angkat kening. Tak faham. Apa dah jadi empat tahun lepas? Rasanya, waktu tu dia belum tahu lagi konflik yang melanda keluarga Eidlan.

            "Dyra hampir-hampir nak kena serang. Nasib baik.."

            "Nasib baik aku perasan kelibat dia orang nak naik ke bilik hotel aku, kalau tak.. Tak tahulah apa jadi kat Dyra masa tu." Eidlan potong bicara Rei dengan nada sedikit sebal. Manakan tidak, sepatutnya waktu tu orang-orang Rei yang perlu berjaga. Tapi entah kenapa, semua pengawal boleh tak sedar dengan kehadiran musuh.

            Rei tayang sengih, bersalah.

            "Kau dah plan bila nak bagitau dia hal yang sebenar?" Soal Noah buat Eidlan terdiam berfikir. Eidlan jungkit bahu. 

"Mungkin lepas dia dapat result. Lepas tu aku nak dia futher study sambil-sambil belajar selok-belok perniagaan yang aku dah usaha beberapa tahun ni."

            "Plan kau untuk cari tapak kat Malaysia macam mana? Dah bincang dengan daddy?" Rei pula menyoal.

            "Dah. Daddy tak ada masalah nak tolong aku untuk publish bisnes kat sana. Daddy tu, kau tahulah. Cable bercabang-cabang. Tapi buat sementara ni, aku minta daddy yang uruskan, bila sampai masanya, aku akan serahkan pada Dyra." Siapa yang tak kenal usahawan ternama yang lahir dari bumi Jepun ni. Biarpun sebenarnya Mr. Fernandez dilahirkan di Malaysia.

            "Kau nak Dyra uruskan bisnes di Malaysia?" soal Noah, tak percaya. Bukankah musuh yang mencari Dyra tu orang Malaysia?

            "Ya, tapi bila dia betul-betul dah bersedia." Bila Dyra akan bersedia? Eidlan sendiri pun tak pasti. Dengan karakter Dyra yang tak pernah tahu nak serius, suka main-main dan polos tu, mampukah Dyra berdepan dengan masa depannya?

            "Kau rasa dia akan cari orang yang bertanggungjawab buat dia jadi anak yatim?" Celah Rei pula.

            "Aku dah cuba letakkan diri aku dalam diri dia, dan aku yakin dia takkan diamkan diri. Lagipun, sampai bila aku boleh sembunyikan Dyra? Dan sampai bila aku boleh jadi pelindung dia? Nak atau tak, dia sendiri perlu kuat untuk berdepan dengan musuh parents dia."

            "Eid, aku tak fahamlah. Sebenarnya, apa yang dia orang nakkan dari Dyra tu? Dia budak lagi kot. Bukan tahu apa-apa. Nampak innocent aje." Tambah Noah lagi. Kali ni, kami bertiga menala pandangan ke arah tiga anak dara tadi. Mereka sudah berguling-guling di atas timbunan salji yang tebal. Budak-budak ni.. Ingat tengah shooting filem hindustan ke apa.

            "Something yang aku sendiri tak pasti sama ada ianya tu wujud atau pun tak."

            "Something tu apa?"

            Eidlan diam, mulut di kunci bila mereka bertiga dihampiri oleh tiga anak dara yang masih tak henti dengan pelbagai cerita. Sesekali mereka tertawa dan berlari-lari anak. Entah apa yang mereka guraukan agaknya. Bibir mereka seakan tak penat melorek senyum dan tertawa sejak bertemu seminggu yang lalu.

            "Dah nak balik ke?" Soal Rei pada mereka bertiga. Mereka mengangguk saja sebelum melepasi tempat bersidang Rei, Eidlan dan Noah.

            "Dyra tunggu usu kat kereta tau. Cepat sikit. Kita orang lapar dah ni." ujar Dyra pada Eidlan.

            "Tahu pula lapar. Ingatkan kenyang dapat telan salji tu." cetus Noah, sajalah tu menambah tahap meluat Dyra pada dirinya. Dyra menjeling sekilas.

            "Shut up you, Mr. Gay." balas Dyra dengan muka yang sangat jengkel.

            Eidlan dan Rei menahan diri dari tertawa. Namun semua tu hilang bila mereka bertiga dapat menangkap perbualan ceria tiga anak dara itu. Walaupun hanya sayup-sayup.

            "He's annoying, okay. Dahlah gay. Nasib baik my Taodo tak macam tu. My god, can't wait to meet him." Cerita Dyra.

            "Noah is hot, okay!" sanggah Casandra.

      "Hot tapi gay. What kind of hot, then? Buta agaknya dia ni." ejek Tetsuya pada kakak kembarnya.

            "Hot in his own way. Oh my God, I tak boleh stop melting bila dia pandang I tau." Casandra dah mula buat aksi tergoda dan digoda dan menggoda. Tetsuya buat-buat nak termuntah. Dyra mencebik. Mamat kutub utara tu buat Casandra cair? Pada Dyra, lelaki tu buat dia sejuk dan terus membeku, adalah!

            "Ha, you nak jumpa Taodo di mana? I nak ikut! Taodo ada kawan tak? Kawan yang cute macam..." Casandra menambah lagi sambil membayangkan seseorang yang comel di matanya..

            "Nagase Takamura..!" Sambut Tetsuya, teruja.

            Rei, Noah dan Eidlan berpandangan. Eidlan tayang muka stress. Dapat teman lelaki baru lagi ke si Dyra ni?

            "Rei, settlekan si Taodo tu." Arah Eidlan. Baru minggu lepas dia putuskan hubungan Dyraa dan Mouri, minggu ni dah ada Taodo pula?

            "Again?" Soal Rei. Eidlan angguk, yakin sekali. Rei pandang Noah. Noah tayang simbol thumbs down.

            "Budak-budak ni memang tak tahu serik dengan cinta agaknya." Keluh Rei.

            Eidlan pandang susuk tubuh anak saudaranya yang semkain menjauh.



 Dia, Lili Eldyra binti Ahmad Rafizi. Seorang gadis ceria yang di besarkan oleh Eidlan yang merupakan pakcik tirinya. Kehidupannya nampak sangat normal, tapi siapa sangka, di sebalik kehidupan yang normal itu, banyak rahsia yang tersimpan kemas dari pengetahuannya. Hanya Eidlan, Mr. Fernandez dan oji-san iaitu atok pada Rei saja yang tahu semua kebenaran tentang kehidupan sebenar gadis polos dan manja itu.

            Sampai masanya, rahsia itu mungkin akan membuatkan Lili Eldyra jatuh untuk seketika dan mereka akan pastikan gadis itu bangkit dan berubah untuk menuntut sebuah keadilan dan demi mempertahankan nyawanya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post